Monthly Archives: January 2014

CARA BERTUDUNG MENGIKUT SYARA’ BAGI WANITA

Assalamualaikum..apa khabar semua, harap semuanya sihat sentiasa..ok la kali ni aku nak kongsikan sedikit artikel untuk peringatan kita semua tentang kewajipan untuk menutup aurat bagi kaum wanita. Antara pakaian yang digunakan untuk menutup aurat pada bahagian kepala seperti rambut, telinga dan sebagainya ialah menutup kepala dikenali sebagai tudung. Tudung kepala yang dituntut adalah sebagaimana berikut:

1. Tudung itu menutupi seluruh kepala termasuk leher, kecuali kawasan muka. Bukanlah cara bertudung yang betul menurut syara‘ jika masih menampakkan rambut, leher, tengkuk, telinga, bahagian dada dan seumpamanya. Manakala belahan baju letaknya di kawasan dada. Oleh yang demikian, tudung kepala hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian dada.

2. Tudung hendaklah diperbuat daripada kain atau bahan yang tebal yang menutupi warna kulit dan rambut daripada kelihatan. Bukan tudung yang jarang, nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat yang lain.

IMG_3953

ok la tu saje untuk kali ni..semoga ianya menjadi peringatan yang bermanafaat kepada kita semua. wassalam~

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pakej yang ditawarkan, sila hubungi butiran di bawah:

Naserun Ngatiman
{principal photographer}
naserunphotoworks
Tel: {019}{9459596}

Advertisements